Thursday, March 8, 2007
Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Amalan pada Hari Raya di MalaysiaPerayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid dengan memuji kebesaran Allah. Tempoh takbir pada Hari Raya ialah terbenam matahari hari terakhir bulan Ramadan sehingga solat sunat Hari Raya pada pagi 1 Syawal.Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol dan kuih raya.Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum hari tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen, rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri. Di jalan-jalan raya utama dan lebuhraya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Al-Fatihah atau bacaan surah Ya-Sin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang tua kepada kanak-kanak dalam sampul duit yang selalunya berwarna hijau. Pada malam Tujuh Likur, pelita atau lampu minyak tanah akan dinyalakan terutamanya di kampung-kampung. Kadangkala pelita akan digantikan dengan penggunaan lampu elektrik kerana ia lebih bersih dan praktikal, namun keaslian sambutan Hari Raya selalunya akan berkurang dengan penggunaan ini.Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri dan sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang mulai pulang daripada cuti.
Posted by amiezah@gmail.com at 4:06 PM0 commentsGEMPA BUMI
BENCANA ALAM .....SIAPA BERSALAH?
Para pejuang lingkungan yang sering dipandang sebelah mata, sebenarnya sering mengingatkan bahwa ada tiga bencana di Indonesia yang patut selalu diwaspada.TEPAT tiga tahun bencana tsunami yang melanda Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam (NAD), ternyata ditandai bencana yang juga menewaskan banyak korban. Menurut pemberitaan, korban meninggal dan hilang terus bertambah. Hingga Rabu (27/12), warga yang hilang sudah mencapai 600 orang. Ini tentu sungguh ironis, peringatan sebuah bencana diwarnai oleh bencana lagi. Kita tentu sangat prihatin. Belum lagi, bencana lainnya juga melanda kota-kota di Pulau Sumatra lainnya dalam beberapa hari terakhir ini, seperti susul-menyusul. Setelah ini, bencana alam seperti di Aceh dan Sumatra diprediksi masih terus berlangsung. Bahkan, menurut Badan Meteorologi dan Geofisika (BMG), bencana itu bisa meluas termasuk di Pulau Jawa akibat curah hujan yang tinggi.
Hal-hal seperti itu, sesungguhnya bukan suatu yang baru bagi kita. Setiap menjelang pergantian tahun, memang terjadi pergantian siklus musim. Tetapi, yang sangat mencolok dibandingkan yang lalu adalah frekuensi bencana dan tingkat kerusakan dan jumlah korban yang ditimbulkan.Kita sering tanpa sadar mengakui bahwa bencana-bencana itu adalah buah dari perilaku kita. Jika itu sebuah takdir, kita tentu tidak bisa mengelak. Tetapi faktanya, dengan mudah kita melihat bahwa bencana itu terjadi akibat kerusakan alam dan ketidakseimbangan ekologi.Para pejuang lingkungan yang sering dipandang sebelah mata, sebenarnya sering mengingatkan bahwa ada tiga bencana di Indonesia yang patut selalu diwaspadai. Banjir, kebakaran, dan tanah longsor. Bencana ini muncul karena salah urus yang terus-menerus terhadap lingkungan dan kekayaan alam.Sehingga, berapa pun dana yang disiapkan baik oleh pemerintah melalui APBN ataupun dari donatur baik perseorangan maupun lembaga, seperti percuma jika hanya untuk mengatasi bencana yang telah terjadi.Ada baiknya, pemerintah lebih maju dalam melangkah. Dana-dana yang besar itu, sebaiknya tidak hanya untuk mengatasi, tetapi juga mengantisipasi. Ini memang pekerjaan berat karena kondisi alam kita sudah babak belur, tercabik-cabik oleh perbuatan manusia yang berpikir keuntungan sesaat.Pemerintah tentu sulit jika melangkah sendiri untuk mengembalikan posisi alam seperti semula. Tetapi dengan kebersamaan, semuanya akan lebih mudah. Jika tidak bisa mengembalikan alam seperti semula, tentu upaya itu dimaksudkan agar tidak terjadi bencana serupa di kemudian hari.Kita kiranya tidak perlu saling menyalahkan lagi. Sekarang yang dibutuhkan adalah adanya komitmen yang kuat dari pemerintah bersama-sama pemerintah daerah untuk berusaha agar korban dan kerugian materi tidak ada lagi. Komitmen ini tentu harus diwujudkan melalui keputusan politik sehingga mempunyai kekuatan hukum. Oleh karena itu, siapa pun yang bersalah (merusak lingkungan) harus diganjar tanpa pandang bulu.Ini tentu menjadi pekerjaan ekstra bagi pemerintahan SBY-JK. Bencana yang beruntun diyakini akan memberi pengaruh terhadap legitimasi kepemimpinannya. Karena, kita, rakyat, atau siapa saja, sudah bosan dengan bencana-bencana itu semua.***
Posted by amiezah@gmail.com at 5:39 AM0 commentsPENCEMARAN ALAM SEKITARJENAYAH TERHADAP ALAM SEKITAR LEBIH BESAR DOSANYA
MASALAH pencemaran sungai sentiasa diuar-uarkan oleh pihak kerajaan, sehinggakan Perdana Menteri menyuarakan kebimbangan beliau tentang betapa teruknya keadaan sungai di Malaysia ini.Beliau sambil bergurau menyatakan bahawa air sungai sudah jadi macam air teh susu dan jika dilempar anak buaya akan mati beberapa minit sahaja. Walaupun lucu tetapi teguran beliau adalah serius. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar memandang penting tentang masalah pencemaran sungai, sehingga meminta pihak tertentu menghantar laporan tentang pencemaran Sungai Selisik.Air terjun di Kampong Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang telah dirosakkan. Air terjun di Titi Kerawang, Pulau Pinang telah musnah. Pendek kata setiap hari ada sahaja laporan tentang masalah alam sekitar tetapi kian hari kian bertambah sehinggakan segenap lapisan masyarakat terkena bahana yang berpunca dari sebilangan manusia yang tidak bertanggungjawab.Pemusnah dan pencabul terhadap alam sekitar tidak pernah dihukum setimpalnya. Penjenayah alam sekitar sebenarnya lebih besar dosanya kalau dibandingkan dengan penjenayah biasa. Bayangkan kalau sebatang sungai itu musnah, segala hasil seperti ikan, udang dan siput akan turut musnah. Jikalau ditaksirkan berjumlah berjuta-juta ringgit dan generasi yang akan datang tidak akan berpeluang menikmati ikan yang lazat dari sungai seperti jelawat, patin dan kelah. Udang galah yang biasa ditangkap di kawasan hutan nipah juga begitu berkurangan.Air sungai yang bersih yang boleh digunakan sebagai air minum dan untuk mandi sudah jarang ditemui sekarang. Jika dahulu, P.Ramlee mendapat ilham mengarang lagu sambil duduk bersantai di tepi sungai, tetapi dengan keadaan sungai yang ada sekarang, sukar untuk pencipta lagu mendapat ilham. Sungai yang kotor akan mendatangkan pelbagai masalah, bukan sahaja baunya sahaja busuk bahkan tempat pembiakan penyakit.Jikalau sebahagian besar masyarakat Malaysia tidak begitu faham tentang konsep alam sekitar yang berlandaskan ilmu ekologi, maka masalah alam sekitar tidak boleh diatasi. Setiap pelan pembangunan harus berlandaskan prinsip ekologi, jikalau tidak hancurlah kelestarian alam sekitar. Contohnya, masalah banjir tidak boleh diatasi dengan berlandaskan teknologi moden dan kejuruteraan yang canggih semata-mata tanpa mengambil kira ekologi kawasan yang terlibat.
Adik-adik!
Pernahkah adik terfikir?
"Bagaimana alam ini terbentuk?"
"Bagaimana matahari dan bulan terbentuk?"
"Di manakah adik-adik sebelum dilahirkan?"
"Bagaimana lautan, pokok-pokok, dan haiwan muncul?"
"Bagaimana buah-buahan yang harum dan berwarna-warni, seperti pisang, plam, ceri dan strawberi, dapat muncul daripada tanah yang hitam? Siapa yang memberikan warna dan bau kepada mereka?"
"Daripada siapakah lebah yang kecil ini belajar membuat madu yang begitu enak?" Bagaimana ia membuat sarang yang mempunyai persimpangan-persimpangan yang lancar?"
"Siapakah manusia pertama?"
Ibu kamu telah melahirkan kamu. Tetapi manusia pertama tidak mungkin mempunyai emak dan bapa. Jadi, bagaimana manusia pertama muncul?" Banyakkanlah berfikir ......
No comments:
Post a Comment